Wednesday, March 25, 2009

Hari Pengundian Sayap UMNO

1. Sebelah pagi tadi, Udenikov berada di dalam PWTC untuk sama-sama melihat dan turut serta dalam kempen saat akhir untuk calon-calon pilihan udenikov dan juga Pemuda Tebrau khususnya Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Ust Syahrin Md Jamaludin.

2. Semasa berlangsungnya ucapan dasar, Udenikov perhatikan suasana agak hangat tetapi terkawal. Tidak kedengaran suara-suara 'tukang kempen' meminta perwakilan mengundi calon mereka.

3. Namun, tatkala hampir jam 11 pagi, suasana mula hangat dengan pekik suara penyokong-penyokong calon Ketua Pemuda UMNO.

4. Yang pasti, kedengaran suara-suara kem Khairy Jamaludin dan Dato' Seri Khir Toyo.

5. Pelbagai taktik dan cara dilakukan untuk mengambil perhatian perwakilan. Yang pasti juga, kelantangan mereka menarik minat Wanita-wanita yang sedang leka menonton siaran langsung dari Dewan di mana persidangan wanita berlangsung.

6. Cukup sesak. Cukup Panas. Cukup terhibur bila melihat telatah mereka. Dari lagu UMNO ke lagu Inilah Barisan kita hinggalah lagu 'Allah Selamatkan kamu'. Memang havoc dan gempar sepanjang tingkat dua di hadapan Dewan Tun Hussein Onn.

7. Udenikov menanti2 kem Dato' Mukhriz bertindak balas dengan aksi dan telatah kem KJ dan DSKT. Namun, hanya sekali sekala kedengaran Kem Berani Berubah menjerit menyebut nama dan no calon DMM.

8. Agaknya, DMM melalui cara yang berlainan bagi kempen saat akhir.

9. Udenikov memang penyokong BErani Berubah. Udenikov yakin dan sentiasa berdoa agar kemenangan berpihak kepada DMM. Biarlah mereka bersorak. Biarlah mereka melaung-laungkan nama dan no calon KJ serta DSKT.

10. Yang pasti, keputusan terletak di tangan perwakilan pemuda. Semoga pemuda tidak tersilap memilih pemimpin yang akan mengemudi kem pemuda menuju ke Pilihanraya- pilihanraya kecil dan Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

11. Mungkin komen udenikov agak terlewat kerana udenikov gagal menembusi line internet di Grand Season 2 3 hari ini. Namun, mengikut risikan, kaum lain dalam Malaysia mahukan DMM mengepalai Pemuda.

12. Udenikov risau sekiranya kita tersalah memilih, ianya akan memberi kesan yang sangat sangat sangat buruk kepada UMNO dan BN pada pilihanraya yang terdekat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

13. Sama-samalah kita nantikan keputusan pada malam ini.

1 comment:

hailtheking said...

Kita baru sahaja selesai pemilihan UMNO baru-baru ini. Ada calon yang menang dan sudah pasti lebih ramai lagi yang kalah. Ada yang merajuk,tak puas hati, gembira, iri hati dan tak kurang yang terluka. Apa yang sangat menarik perhatian saya sebagai orang bawahan (grass root-popular term sekarang) adalah slot perbincangan di TV , iaitu semasa menunggu keputusan rasmi. Ramai cendikiawan, ahli politik dan wartawan membahaskan apa masalah UMNO yang sebenar, kenapa, siapa, bagaimana, di mana dan bila? Macam-macam teori,tokoh dan terma yang digunakan seperti “bottoms-up comunication, new media, unilateral, bilateral, Barrack Obama, apolitical, apologist dan pelbagai lagi. Seronok juga sebab dapat “experience UMNO” dalam sejam,dua.
Antara idea menarik seperti Datuk Mukhriz mencadangkan pemuda menggunakan pendekatan NGO dan gugurkan slogan ‘sedia gempur’. Menurut beliau makcik-makcik lari bila nampak slogan tersebut kat baju pemuda.Ada ahli mencadangkan pembahasan ucapan dasar presiden di peringkat akar umbi. Bagaimana berlaku terlalu banyak tapisan isu-isu dari peringkat akar umbi ke cawangan ke bahagian dan seterusnya. Ada suruh tukar ke “one member-one vote system”. Pelbagai cadangan serta hasrat nak memperjuangkan itu,perjuangkan ini. Dari banyak-banyak cadangan tadi, tiada satu pun yang kaitkan dengan agama. Kata UMNO perjuangkan agama dan bangsa melayu, tetapi SATU pun idea atau isu tak dikaitkan dengan Islam. SUBHANALLAH.
Itulah sebabnya, itulah puncanya kenapa UMNO makin jauh dari orang Melayu, jauh dari ahli UMNO sendiri, malahan jauh dari rakyat. Bagi saya isunya mudah , penting dan sangat benar. Islam, Islam dan Islam.
YB Khairy dalam ucapan kemenangannya ada muatkan ayat Quran, dalam temubual, Datuk Seri Zahid Hamidi pun ada keluarkan dalil walaupun ada tersasul sedikit, OK .. Bagus. Tapi , maaf nak kata kedengaran sangat ‘superficial’, ‘tak jive’ kata orang muda sekarang. Sejak Pak Lah melancarkan Islam Hadhari, sememangnya sampai sekarang rakyat tak faham pun apa dia konsep ini,kenapa perlu bina masjid tak berkariah dan monumen-monumen yang menelan jutaan ringgit. Nak tarik pelancong? Mungkin juga, tapi dari segi pengisian Islam tak sampai. Orang atas selalu berbicara tentang falsafah.Menteri agama selalu sebut tentang Tasauf, Tasawur,Ruh atau semangat Islam. Saya akui memang ini ilmu Islam dan memang penting untuk diperkatakan. Tapi tak sampai pada rakyat, rakyat tak dapat rasa, dan rasa /feel ini yang paling penting bagi kita mengukur keberkesanan dan kejayaan sesuatu program, kempen dan sebagainya. Rakyat rasa pemerintah jauh, maka jauhlah pemerintah dari rakyat, rakyat rasa tak puas hati, maka pemerintah juga akan susah nanti.
Saya suka ambil satu idea dari panel iaitu kurangkan big talk, lebihkan small talk.. less big ideas, more small ones. Contohnya : Kurangkan pasal idea-idea besar yang mengelirukan, lebihkan mengajak orang pergi ke Masjid atau surau. Macam geng-geng tabligh selalu buat, walau ada orang yang tak selesa dan tak suka. Sangat mudah, mereka hanya nak tarik orang meramaikan masjid, mereka sendiri bukan ahli agama (ada engineer,lawyer,kerja kilang dsb), tapi mereka tarik orang ke masjid. Di sana boleh dengar ceramah menambah ilmu, solat berjemaah dan macam-macam lagi. Saya nak tambah sikit dari idea Datuk Mukhriz, pemuda mesti ada set minda macam ahli tabligh. Yakni selain dari kena tebal muka dan benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab, pemuda kena buat satu benda yang nampak simple tapi manfaat dari itu sangat-sangat besar dan bermakna terutama hal agama, kerana dari situ baru yang lain boleh betul. Zahid Hamidi bagi analogi, UMNO sebuah rumah yang dah berusia 62 tahun. Perlulah dibaiki atapnya,bumbungnya dan lain-lain. Orang-orang di dalamnya (baca : ahli UMNO) perlulah bersatu dan sepakat. Saya rasa semua setuju benda yang pertama sekali kena baiki adalah tiang serinya . Islam adalah agama kita,’Islam is a way of life’. Jadikan juga sebagai ‘the way of UMNO’. Apa dia tiang seri UMNO, lu pikirlah sendiri….