Saturday, September 20, 2008

Majlis Ramah Mesra

13 hb September lepas, satu majlis ramah mesra di antara pemuda-pemuda dalam Bahagian Tebrau. Majlis diadakan di Balai Islam Kangkar Tebrau Baru. Majlis dihadiri oleh Ketua dan Naib Ketua, AJK Pemuda Bahagian dan pemuda-pemuda dari seluruh Tebrau.

Majlis turut disertakan dengan makan-makan ayam dan ikan yang dibakar rangup dan lazat. Hangus pun sodap.

Calon-calon yang tercalon untuk G10 dan AJK Pemuda Bahagian pula sibuk memulangkan borang tawaran bertanding.

Thursday, September 4, 2008

Sambutan Kemerdekaan

Sambutan Detik Kemerdekaan peringkat Kg Pasir Putih telah diadakan pada 30 Ogos 2008. Pemuda Pasir Putih terlibat dalam banyak acara pada hari tersebut.

Secara keseluruhannya, sambutan tahun ni meriah kerana penglibatan pemuda dan puteri yang boleh dilihat sebagai total pada tahun ini.

dalam post-post akan datang, udenikov yang bertindak sebagai pengacara bersama pada malam tersebut akan mengemaskini sambutan tersebut.

@@@ GEMPUR !!!! @@@