Monday, March 30, 2009

Kembalinya Tun

1. Perhimpunan Agung UMNO telah pun melabuhkan tirainya, kepimpinan baru juga telah dipilih. Dari jawatan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi. Dari Ketua-ketua sayap hinggalah kepada barisan exconya.

2. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibahaskan sepanjang perhimpunan.

3. Pelbagai aksi dan gaya penyampaian yang dapat diperhatikan secara langsung di hadapan skrin besar di ruang legar PWTC. Yang paling menarik perhatian mungkin Man Pen. Seloka yang disampaikan begitu berkesan. Ditegur dari yang di atas hinggalah yang di bawah.

4. Apa-apa pun, pembaharuan sememangnya perlu dilakukan dalam UMNO. Hentikanlah suara-suara sinis yang mengecam kemenangan calon-calon yang berjaya. Walaupun, mulut masing-masing, hati masing-masing, namun matlamat kita tetap sama untuk memperjuangkan Alif, Ba dan Ta.

5. Setelah selesai, rumah UMNO akan menerima kembali penghuninya yang pernah mendiami rumah UMNO. Tidak lain dan tidak bukan, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah Ali.

6. Teringat kepada peristiwa di Pan Pac JB, apabila dapat bersalam dan menyatakan hasrat kepada YB Mukhriz Mahathir. Saya menyampaikan hasrat saya agar disampaikan kepada Tun. Hasrat saya tidak lain dan tidak bukan, mahukan Tun kembali kepada UMNO. Jawapan dari YB Mukhriz Mahathir, jangan risau.

7. Dan ternyata, selesai persidangan, saya tidak perlu risau. Terima kasih Tun.

8. Sememangnya kehadiran Tun menghuni semula rumah yang Tun sendiri kuatkan tiang serinya satu masa dulu.

9. Selamat kembali Tun.

Thursday, March 26, 2009

Keputusan Sayap UMNO... Pemuda

Keputusan Rasmi:-

Hati terluka. Hanya Allah jua yang tahu.

Tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau yang berjaya memenangi kerusi EXCO Pemuda Malaysia dengan 404 undi diterima.

Tahniah juga diucapkan kepada YB Dato' Razali Ibrahim yang telah berjaya menumbangkan Rizal dengan undi 417.

Wednesday, March 25, 2009

Keputusan...

Belum tahu lagi...

TAPI, KATANYA telah berlaku pengiraan semula.

KATANYA, DMM telah menang dengan undi yang tipis ke atas KJ.

Kita sama-sama tunggu ok...

Hari Pengundian Sayap UMNO

1. Sebelah pagi tadi, Udenikov berada di dalam PWTC untuk sama-sama melihat dan turut serta dalam kempen saat akhir untuk calon-calon pilihan udenikov dan juga Pemuda Tebrau khususnya Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Ust Syahrin Md Jamaludin.

2. Semasa berlangsungnya ucapan dasar, Udenikov perhatikan suasana agak hangat tetapi terkawal. Tidak kedengaran suara-suara 'tukang kempen' meminta perwakilan mengundi calon mereka.

3. Namun, tatkala hampir jam 11 pagi, suasana mula hangat dengan pekik suara penyokong-penyokong calon Ketua Pemuda UMNO.

4. Yang pasti, kedengaran suara-suara kem Khairy Jamaludin dan Dato' Seri Khir Toyo.

5. Pelbagai taktik dan cara dilakukan untuk mengambil perhatian perwakilan. Yang pasti juga, kelantangan mereka menarik minat Wanita-wanita yang sedang leka menonton siaran langsung dari Dewan di mana persidangan wanita berlangsung.

6. Cukup sesak. Cukup Panas. Cukup terhibur bila melihat telatah mereka. Dari lagu UMNO ke lagu Inilah Barisan kita hinggalah lagu 'Allah Selamatkan kamu'. Memang havoc dan gempar sepanjang tingkat dua di hadapan Dewan Tun Hussein Onn.

7. Udenikov menanti2 kem Dato' Mukhriz bertindak balas dengan aksi dan telatah kem KJ dan DSKT. Namun, hanya sekali sekala kedengaran Kem Berani Berubah menjerit menyebut nama dan no calon DMM.

8. Agaknya, DMM melalui cara yang berlainan bagi kempen saat akhir.

9. Udenikov memang penyokong BErani Berubah. Udenikov yakin dan sentiasa berdoa agar kemenangan berpihak kepada DMM. Biarlah mereka bersorak. Biarlah mereka melaung-laungkan nama dan no calon KJ serta DSKT.

10. Yang pasti, keputusan terletak di tangan perwakilan pemuda. Semoga pemuda tidak tersilap memilih pemimpin yang akan mengemudi kem pemuda menuju ke Pilihanraya- pilihanraya kecil dan Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

11. Mungkin komen udenikov agak terlewat kerana udenikov gagal menembusi line internet di Grand Season 2 3 hari ini. Namun, mengikut risikan, kaum lain dalam Malaysia mahukan DMM mengepalai Pemuda.

12. Udenikov risau sekiranya kita tersalah memilih, ianya akan memberi kesan yang sangat sangat sangat buruk kepada UMNO dan BN pada pilihanraya yang terdekat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

13. Sama-samalah kita nantikan keputusan pada malam ini.

Thursday, March 12, 2009

Pengenalan Calon Pemuda


No 64. Itulah No Calon bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Saudara Syahrin Md Jamaludin yang akan bertanding jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Sesi Pengenalan Calon akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 15 Mac 2009
Tempat : PERSADA Johor
MAsa : sekitar jam 2.00 petang

Semua calon-calon di semua peringkat Pemuda UMNO Malaysia dijangka hadir pada hari tersebut.

Semua Dijemput Hadir.

Thursday, February 26, 2009

No calon untuk calon-calon dari Johor

NAIB PRESIDEN

Hishamuddin Bin Tun Hussein Onn - Sembrong (08)
Mohamed Khaled Bin Nordin - Pasir Gudang (06)
Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar - Kota Tinggi (05)

AHLI MT

Abdul Ghani Bin Othman - Ledang (49)
Azalina Binti Othman - Pengerang (21)
Abd. Latiff Bin Ahmad - Mersing (03)
Sharil @ Shahrir Bin Ab Samad - Johor Bahru (24)
Mohd Puad Bin Zarkashi - Batu Pahat (20)
Noraini Binti Ahmad - Parit Sulong (41)
Halimah Binti Mohamed Sadique - Tenggara (29)

AJK WANITA

YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique - Tenggara (36)
Hajah Noriah Binti Mahat - Pagoh (41)
YB Sen Hajah Sharifah Azizh Binti Syed Zain - Kluang (28)
Haliza Binti Abdullah - Batu Pahat (34)
Robia Binti Kosai - Muar (07)


TIMB PENGERUSI TETAP PEMUDA


Jaigani Bin Jaafar - Sembrong (04)

NAIB KETUA PEMUDA

Razali Bin Ibrahim - Muar (01)

AJK PEMUDA

Zakaria Dullah - Simpang Renggam (56)
SYAHRIN BIN MD JAMALUDIN - TEBRAU (64)
Khalid Bin Mohamed - Johor Bahru (54)
Ali Mazat Bin Salleh - Kulai (10)
Fakhrul Zafran Bin Abdl Kamarul Zaman - Gelang Patah (60)
Mohd Zamri Bin Mohd Idrus - Pasir Gudang (24)
Mohd Amin Bin Hamidon @ Hampon - Pengerang (23)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI

Haspalela Binti Mohammed Hassan - Kulai (01)

AJK PUTERI

Fahariyah Binti Md Nordin - Ledang (28)
Anita Binti Murad - Tenggara (42)
Faraha Binti Ismail - Mersing (30)
Hasrunizah Binti Hassan - Pontian (37)

Diucapkan selamat berjaya kepada calon-calon dari Negeri Johor.
Kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, semoga kemenangan berpihak kepada Tuan. "PEMUDA KAUNSELOR MASYARAKAT"

Sunday, January 4, 2009

Barisan Kabinet Pemuda UMNO Bagaian Tebrau 2008 - 2011

Ketua Pemuda : En Syahrin Bin Md Jamaludin
Naib Ketua Pemuda : En Nor Azhar Bin Abd Hamid
Pen. Setiausaha : En Zuraimi Bin Hj Khamis
Pen. Bendahari : En Rohsawal Nizam Bin Abdul Ghafar
Ketua Penerangan : En Herman Irmadi Bin Ismail

AJK:
En Irwan Bin Ibrahim
En Omar Bin Ponijan
En Khairul Nizam Bin Daund
En Jayen @ Supaat Bin Taros
En Mohd Uza Bin Yunos
En Wan Jeffry Bin Wan Ibrahim
En Lukman Bin Hasim
Hj Haile Bin Amartemin
En Suhailizam Bin Togimat
En Mohd Hazlin Bin Mohamad Khir
En Mohd Yazid Bin Sah'ri
En Mohd Ali Bin Abd Rahman
En Mohd Jafri Bin Tukijan
En Zulkifli Bin Abdul Rahman
En Abdul Razak Bin Darsono

AJK Lantikan:
Azizul Azmi Bin Abd Mutalib
Hj Azizul Bin Hj Bachok

Setiausaha Kerja : En Mohd Farihin Bin Hassan

Thursday, January 1, 2009

Persidangan Pemuda Bahagian

Kenangan...

1. Persidangan Pemuda diadakan di Austin Hill. Ketua Pemuda Cwgn, Udenikov selaku Setiausaha dan Bendahari Pemuda Cwgn menjadi perwakilan.

2. Ketua Pemuda (Sdra Suhaimi), Udenikov dan Naib Ketua Pemuda (Hj Haile) mendapat cukup pencalonan untuk bertanding ajk Pemuda & G10. Tapi udenikov je yang menolak G10.

3. Keputusan: Udenikov kalah... Ketua Pemuda tewas dua dua pertandingan... Naib Ketua Pemuda menang kedua-dua pertandingan.

Ada hikmah agaknyer...

Selamat berjaya kepada Hj Haile selaku Naib Ketua Pemuda Cwgn.