Thursday, August 7, 2008

Sekitar Persidangan Pemuda Cawangan

Alhamdulillah, Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Kg Pasir Puith telah berjaya dijalankan pada 03 Ogos 2008 jam 10.00 pagi di Balai UMNO Kg Pasir Putih.

Kehadiran ahli membayar yuran adalah seramai 24 orang. Jumlah yang cukup untuk menjalankan persidangan.

Persidangan dirasmikan oleh AlFadil Ustaz Syahrin Md Jamaludin, Naib Ketua UMNO Bahagian Tebrau. Majlis turut dihadiri oleh Tn Hj Bachok Bin Nohong, Ketua UMNO Cawangan Kg Pasir Putih, Wakil pemerhati Pemuda Bahagian, 2 orang wakil pemerhati cawangan dan Setiausaha UMNO Cawangan.

Pada pagi tersebut juga, Cawangan turut menerima pendaftaran baru kira-kira 43 orang ahli untuk menyertai UMNO.

Pemilihan dijalankan dengan tenang. Pertandingan hanya berlaku pada jawatan Ketua Pemuda UMNO cawangan di antara Sdr Suhaimi dan Sdr Hj Haile. Akhirnya, keputusan memihak kepada Sdr Suhaimi dengan undian 9-6, manakala Hj Haile terus dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda secara sebulat suara apabila dicadangkan oleh Udenikov.

No comments: