Monday, March 30, 2009

Kembalinya Tun

1. Perhimpunan Agung UMNO telah pun melabuhkan tirainya, kepimpinan baru juga telah dipilih. Dari jawatan Presiden hinggalah kepada Majlis Tertinggi. Dari Ketua-ketua sayap hinggalah kepada barisan exconya.

2. Pelbagai isu telah dibangkitkan dan dibahaskan sepanjang perhimpunan.

3. Pelbagai aksi dan gaya penyampaian yang dapat diperhatikan secara langsung di hadapan skrin besar di ruang legar PWTC. Yang paling menarik perhatian mungkin Man Pen. Seloka yang disampaikan begitu berkesan. Ditegur dari yang di atas hinggalah yang di bawah.

4. Apa-apa pun, pembaharuan sememangnya perlu dilakukan dalam UMNO. Hentikanlah suara-suara sinis yang mengecam kemenangan calon-calon yang berjaya. Walaupun, mulut masing-masing, hati masing-masing, namun matlamat kita tetap sama untuk memperjuangkan Alif, Ba dan Ta.

5. Setelah selesai, rumah UMNO akan menerima kembali penghuninya yang pernah mendiami rumah UMNO. Tidak lain dan tidak bukan, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Hasmah Ali.

6. Teringat kepada peristiwa di Pan Pac JB, apabila dapat bersalam dan menyatakan hasrat kepada YB Mukhriz Mahathir. Saya menyampaikan hasrat saya agar disampaikan kepada Tun. Hasrat saya tidak lain dan tidak bukan, mahukan Tun kembali kepada UMNO. Jawapan dari YB Mukhriz Mahathir, jangan risau.

7. Dan ternyata, selesai persidangan, saya tidak perlu risau. Terima kasih Tun.

8. Sememangnya kehadiran Tun menghuni semula rumah yang Tun sendiri kuatkan tiang serinya satu masa dulu.

9. Selamat kembali Tun.

Thursday, March 26, 2009

Keputusan Sayap UMNO... Pemuda

Keputusan Rasmi:-

Hati terluka. Hanya Allah jua yang tahu.

Tahniah kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau yang berjaya memenangi kerusi EXCO Pemuda Malaysia dengan 404 undi diterima.

Tahniah juga diucapkan kepada YB Dato' Razali Ibrahim yang telah berjaya menumbangkan Rizal dengan undi 417.

Wednesday, March 25, 2009

Keputusan...

Belum tahu lagi...

TAPI, KATANYA telah berlaku pengiraan semula.

KATANYA, DMM telah menang dengan undi yang tipis ke atas KJ.

Kita sama-sama tunggu ok...

Hari Pengundian Sayap UMNO

1. Sebelah pagi tadi, Udenikov berada di dalam PWTC untuk sama-sama melihat dan turut serta dalam kempen saat akhir untuk calon-calon pilihan udenikov dan juga Pemuda Tebrau khususnya Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Ust Syahrin Md Jamaludin.

2. Semasa berlangsungnya ucapan dasar, Udenikov perhatikan suasana agak hangat tetapi terkawal. Tidak kedengaran suara-suara 'tukang kempen' meminta perwakilan mengundi calon mereka.

3. Namun, tatkala hampir jam 11 pagi, suasana mula hangat dengan pekik suara penyokong-penyokong calon Ketua Pemuda UMNO.

4. Yang pasti, kedengaran suara-suara kem Khairy Jamaludin dan Dato' Seri Khir Toyo.

5. Pelbagai taktik dan cara dilakukan untuk mengambil perhatian perwakilan. Yang pasti juga, kelantangan mereka menarik minat Wanita-wanita yang sedang leka menonton siaran langsung dari Dewan di mana persidangan wanita berlangsung.

6. Cukup sesak. Cukup Panas. Cukup terhibur bila melihat telatah mereka. Dari lagu UMNO ke lagu Inilah Barisan kita hinggalah lagu 'Allah Selamatkan kamu'. Memang havoc dan gempar sepanjang tingkat dua di hadapan Dewan Tun Hussein Onn.

7. Udenikov menanti2 kem Dato' Mukhriz bertindak balas dengan aksi dan telatah kem KJ dan DSKT. Namun, hanya sekali sekala kedengaran Kem Berani Berubah menjerit menyebut nama dan no calon DMM.

8. Agaknya, DMM melalui cara yang berlainan bagi kempen saat akhir.

9. Udenikov memang penyokong BErani Berubah. Udenikov yakin dan sentiasa berdoa agar kemenangan berpihak kepada DMM. Biarlah mereka bersorak. Biarlah mereka melaung-laungkan nama dan no calon KJ serta DSKT.

10. Yang pasti, keputusan terletak di tangan perwakilan pemuda. Semoga pemuda tidak tersilap memilih pemimpin yang akan mengemudi kem pemuda menuju ke Pilihanraya- pilihanraya kecil dan Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

11. Mungkin komen udenikov agak terlewat kerana udenikov gagal menembusi line internet di Grand Season 2 3 hari ini. Namun, mengikut risikan, kaum lain dalam Malaysia mahukan DMM mengepalai Pemuda.

12. Udenikov risau sekiranya kita tersalah memilih, ianya akan memberi kesan yang sangat sangat sangat buruk kepada UMNO dan BN pada pilihanraya yang terdekat iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

13. Sama-samalah kita nantikan keputusan pada malam ini.

Thursday, March 12, 2009

Pengenalan Calon Pemuda


No 64. Itulah No Calon bagi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Saudara Syahrin Md Jamaludin yang akan bertanding jawatan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Sesi Pengenalan Calon akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 15 Mac 2009
Tempat : PERSADA Johor
MAsa : sekitar jam 2.00 petang

Semua calon-calon di semua peringkat Pemuda UMNO Malaysia dijangka hadir pada hari tersebut.

Semua Dijemput Hadir.