Thursday, August 21, 2008

Bulan Kemerdekaan - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Rasional Logo
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Lagu Tema Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan ke-51
PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa
Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni
Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita
Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan
Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Monday, August 11, 2008

Terkini... Pemuda Bahagian Tebrau

Sehingga jam 2.45 pagi tadi. Berikut adalah jumlah pencalonan untuk Pemuda Bahagian Tebrau:

Pencalonan untuk Ketua Pemuda Bahagian Tebrau
1. Ustaz Syahrin Bin Md Jamaludin - 61 pencalonan

Pencalonan untuk Naib Ketua Pemuda Bahagian Tebrau
1. Sdr Nor Azhar Hamid - 60 pencalonan
2. Sdr Zainal Rahmat - 1 pencalonan

Pencalonan untuk G2
1. Sdr Zuraimee - 60 pencalonan
2. Sdr Rohsawal - 61 pencalonan
3. Sdr Suhaimi - 1 pencalonan

Friday, August 8, 2008

Calon Pemuda Bahagian Tebrau

Udenikov hendak berkongsi sedikit maklumat dengan pembaca blog ini.

Setakat 03 Ogos 2008 (45 pemuda cawangan yang sah bersidang):-


Pencalonan untuk Ketua Pemuda Bahagian Tebrau
1. Ustaz Syahrin Bin Md Jamaludin - 45 pencalonan

Pencalonan untuk Naib Ketua Pemuda Bahagian Tebrau
1. Sdr Nor Azhar Hamid - 44 pencalonan
2. Sdr Zainal Rahmat - 1 pencalonan

Pencalonan untuk G2
1. Sdr Zuraimee - 45 pencalonan
2. Sdr Rohsawal - 45 pencalonan

Thursday, August 7, 2008

Sekitar Persidangan Pemuda Cawangan

Alhamdulillah, Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Kg Pasir Puith telah berjaya dijalankan pada 03 Ogos 2008 jam 10.00 pagi di Balai UMNO Kg Pasir Putih.

Kehadiran ahli membayar yuran adalah seramai 24 orang. Jumlah yang cukup untuk menjalankan persidangan.

Persidangan dirasmikan oleh AlFadil Ustaz Syahrin Md Jamaludin, Naib Ketua UMNO Bahagian Tebrau. Majlis turut dihadiri oleh Tn Hj Bachok Bin Nohong, Ketua UMNO Cawangan Kg Pasir Putih, Wakil pemerhati Pemuda Bahagian, 2 orang wakil pemerhati cawangan dan Setiausaha UMNO Cawangan.

Pada pagi tersebut juga, Cawangan turut menerima pendaftaran baru kira-kira 43 orang ahli untuk menyertai UMNO.

Pemilihan dijalankan dengan tenang. Pertandingan hanya berlaku pada jawatan Ketua Pemuda UMNO cawangan di antara Sdr Suhaimi dan Sdr Hj Haile. Akhirnya, keputusan memihak kepada Sdr Suhaimi dengan undian 9-6, manakala Hj Haile terus dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda secara sebulat suara apabila dicadangkan oleh Udenikov.

Wednesday, August 6, 2008

Pilihanraya Kecil

Pemuda Kg Pasir Putih yakin kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan untuk memberi laluan kepada individu tersayang akan berjaya dirampas oleh Barisan Nasional pada PR Kecil pada 26 Ogos 2008.

Kepada Pengundi Permatang Pauh, Jangan jadikan kepentingan individu tertentu mengatasi kepentingan agama,bangsa dan nusa. Jangan menggadaikan nasib generasi akan datang. Kebijaksanaan kita pada hari ini akan diwarisi dengan cemerlang oleh anak-anak muda kita.

Pemuda Kg Pasir Putih dan seluruh jentera Barisan Nasional dalam Tebrau akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional.

Pemuda... Sedia ... Gempur

Salam semua,

Alhamdulillah, penantian untuk menghasilkan blog khas Pemuda UMNO Cawangan Kampung Pasir Putih sudah berakhir dengan terhasilnya laman sesawang
Pemuda Pasir Putih .

Pemuda akan terus berusaha membela nasib Islam, Melayu dan Malaysia.

Jika ada sebarang aduan, buah fikiran, ketidakpuasan hati, mohon emel ke hajiazizul@gmail.com

@@@ Pemuda Pasir Putih, Cekal dan Sedia Hadapi Petualang Bangsa @@@